Sabtu, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H




Salam...

Hari ini lengkaplah sudah kita menjalani ibadah puasa walaupun tidak genap 30 hari. Rasa sedih meninggalkan Ramadhan bagi tahun ini berganti dengan rasa gembira menyambut ketibaan Syawal, bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam.

Dikesempatan yang ada ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada rakan2 pembaca yang sudi menjengah dan melayan tulisan saya yang entah apa-apa ni. Kadangkala apa yang lahir dari hati saya dan sedikit teguran yang ingin disampaikan mungkin menyentuh hati sesetengah pembaca yang budiman. Begitu juga pada sidang pembaca yang tidak menyenangi kehadiran saya didunia maya ini saya pohonkan maaf sekali lagi. Apa yang cuba saya tuliskan disini adalah untuk saya mengingatkan diri saya sendiri. Saya adalah seorang hamba Allah yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan sentiasa perlukan tunjuk ajar.

Saya juga ingin menjemput rakan2 pembaca yang budiman untuk berkunjung kerumah saya pada hari raya ini. Marilah kita sama-sama terus merapatkan silaturrahim dan ukhuwah yang telah terjalin selama ini. Pohon doa dari pembaca yang budiman agar saya dan keluarga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagian dunia dan akhirat. Sekali lagi, saya ambik kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Khamis, September 17, 2009

Bagaimana budak 5 tahun pun boleh berpuasa?

Salam…

Alhamdulillah, dah 27 hari kita berpuasa. Mood raya pun telah ON. Akan tetapi hati merasa sayu dan sedih untuk tinggalkan Ramadhan bagi tahun ini. Semoga Allah SWT lanjutkan usia untuk kita semua berjumpa lagi dengan Ramadhan ditahun hadapan.

Semalam, berjumpa dengan seorang supplier berbangsa India dan dia ada bertanya perihal puasa yang umat Islam sedang kerjakan. Dia merasa kagum kerana sepanjang hampir 14 jam sehari kita berpuasa tanpa makan dan minum, tetapi masih bertenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian. Lebih mengejutkannya bila saya beritahu anak saya yang berusia 6 & 7 tahun turut berpuasa. Malah Anak saya yang pertama seawal usia 5 tahun lagi telah berpuasa. Dia merasa hairan dan pelik. Bagaimana budak sekecil itu boleh berpuasa sedangkan dirinya (dia pernah cuba utk berpuasa cara umat Islam) tidak mampu bertahan walaupun duduk dan tidur sahaja dirumah.

Saya terangkan padanya, kekuatan umat Islam berpuasa adalah terletak pada NIATnya. Tanpa niat, tiada seorang yang akan mampu bertahan untuk tidak makan dan minum sepanjang hari. Perkara yang sama saya ajar pada anak-anak yang mana saya akan pastikan mereka berniat setiap hari untuk berpuasa. Memang dengan niat dan izin Allah akan memastikan kita mampu bertahan hampir 14 jam tanpa makan dan minum. Niat yang ikhlas dan kerana Allah akan juga dapat menahan kita dari perkara-perkara yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Semoga Allah SWT terus beri kekuatan pada kita semua untuk terus berpuasa walaupun di luar Ramadhan..

Ahad, September 13, 2009

Bila nak menjelangnya hari raya

Salam...

Alhamdulillah, hari ini kita berada di 10 akhir Ramadhan bagi tahun ini dan lebih kurang seminggu sahaja lagi seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak keterlaluan kalau saya katakan mode raya telah ON. Ini dapat dibuktikan dengan seluruh shopping2 kompleks di Malaysia pada ketika ini penuh. Ibu-ibu sibuk membuat kuih didapur. Masjid-masjid sudah mulai lengang. Di pasar Ramadhan mereka yang berniaga barang makanan basah telah menukar kepada berniaga kuih2 raya. Dan ketinggalan kaum2 bapa mula mengemas persekitaran rumah, ada yang mengecat dan juga ada yang sibuk memasang pelita. Radio-radio pula mula memainkan lagu-lagu raya yang mana pada ketika inilah yang seronok untuk didengar. Itulah suasana yang lazimnya bagi kita masyarakat di Malaysia ni.

Lebih kurang 4-5 hari lagi menjelang hari raya, banyak berita-berita di media massa dan cetak mula mengeluarkan berita2 ttg kemalangan jalanraya yang diberitakan meningkat dengan tinggi sewaktu menjelang setiap musim perayaan. Ada sahaja berita tentang kematian akibat kemalangan di jalanraya yang dipaparkan. Ini adalah satu perkara yang menjadi kelaziman dan pelbagai langkah telah diambil untuk mencegah perkara tersebut daripada berlaku. Akan tetapi, apa juga langkah yang diambil, ianya masih juga terus berlaku.

Secara peribadi saya berpendapat apa yang berlaku adalah sikap pemandu itu sendiri. Sikap terburu-buru dan lalai dijalanraya adalah faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Ini adalah sesuatu yang sangat dikesali kerana sikap lemah lembut rakyat Malaysia ini secara tiba-tiba berubah apabila memegang stereng. Pada pemerhatian saya sepanjang hampir 2 minggu mengawasi kerja diwaktu malam di lebuhraya persekutuan, kegagalan pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan adalah sesuatu yang mendukacitakan. 1 papan tanda, 8 kon dan 6 lampu blinker telah menjadi mangsa mereka2 yang gemar memecut dilebuhraya tanpa menghiraukan had laju yang ditetapkan. Bila had laju gagal dipatuhi, maka apa yang ada dihadapan memang tak sempat lagi nak elak dah. Jadi kesimpulannya, patuhi setiap papan tanda yang ada dijalanraya. Kalau dah letak 80 bawak la 80. Insya Allah selamat. Tapi kalau dah ajal, tiada siapa boleh menghalang. Bawak la secermat mana pun, orang lain pula yg langgar kita. Kita masih boleh lagi mengelakkan diri dari menjadi penyebab orang lain yang tidak bersalah mendapat kecelakaan dengan sentiasa mematuhi undang-undang dijalanraya.

Namun, dengan baki Ramadhan yang ada, marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar Ramadhan. Janganlah kita terlalu sibuk membuat persiapan untuk berhari raya dengan 10akhir Ramadhan ini berlalu tanpa kita rebut apa yang ada didalamnya. Quran yang kita baca, adakah mampu untuk kita khatamkan sebelum berakhirnya Ramadhan pada tahun ini? Begitu juga dengan amalan2 lain serta puasa kita adakah kita sudah berpuas hati setakat ini? Semoga dengan berakhirnya Ramadhan pada tahun ini akan menjadikan kita umat yang lebih baik daripada sebelum Ramadhan dan hari-hari yang telah lepas.

Rabu, September 02, 2009

Resipi asli dari Dengkil

Salam...

Saja nak warkan-warkan blog yang dikelolakan oleh isteri saya yang mana sesuai utk kaum-kaum ibu yang ingin mencuba resepi dari Dengkil. Blog tersebut khas untuk resepi-resepi yang sememangnya original dan tak ciplak dari mana-mana website. Setiap resipi ada disertakan gambar. Lawat RESEPI DARI DENGKIL sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...